Pelajar persoal larangan solekan dan shawl masa jamuan raya, dikecam netizen | The Reporter

Pelajar persoal larangan solekan dan shawl masa jamuan raya, dikecam netizen

Pelajar perempuan meluahkan rasa tidak puas hati mengenai peraturan jamuan Hari Raya sekolah dalam video TikTok.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar perempuan menerima kecaman hebat di TikTok gara-gara tidak berpuas hati dengan peraturan jamuan Hari Raya yang dikenakan di sekolah.

Dalam rakaman tersebut, pelajar itu menyatakan kekecewaannya terhadap larangan memakai solekan, shawl, membawa telefon bimbit, serta kewajipan memakai kasut sekolah. 

Dia menyifatkan peraturan tersebut sebagai “makin lama makin bangang” dan mempersoalkan tujuan jamuan jika pelajar tidak diberi kelonggaran sempena perayaan. “Baik tak payah buat jamuan,” katanya dalam nada sinis.

Kenyataan tersebut mengundang reaksi negatif daripada pengguna TikTok, yang rata-ratanya menganggap pelajar itu terlalu manja dan tidak menghormati peraturan asas sekolah. 

Ramai menyatakan bahawa jamuan sekolah bukanlah tempat untuk ‘fashion show’, malah matlamatnya lebih kepada menghargai semangat perayaan bersama guru dan rakan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah perbandingan dengan zaman persekolahan tahun 2000-an dan 2010-an, di mana peraturan seperti larangan telefon dan solekan sudah pun dikuatkuasakan sejak dahulu lagi. 

Menurut mereka, bukan peraturan yang berubah, tetapi sikap segelintir pelajar yang semakin tidak menghargai kesederhanaan dan adab dalam suasana sekolah.

Ramai netizen juga menyifatkan video tersebut sebagai cerminan kurangnya rasa syukur terhadap usaha pihak sekolah yang menyediakan jamuan secara percuma, malah ada yang mencadangkan agar pelajar seperti itu tidak perlu hadir langsung jika enggan mematuhi peraturan.

Insiden ini membuka semula perbincangan tentang peranan media sosial dalam membentuk persepsi pelajar terhadap autoriti sekolah, serta pentingnya bimbingan dari ibu bapa dan guru dalam mendidik pelajar untuk bersuara dengan cara yang lebih beradab dan bertanggungjawab.

Related Posts