Ramai yang berkongsikan kisah meruntun jiwa berhubung kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding, pada awal pagi Isnin lalu.
Keluarga serta rakan-rakan terdekat rata-rata meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan kejadian yang telah meragut 15 nyawa penuntut UPSI.
- Demam Bola Mula Memuncak, U Mobile Bagi Streaming 104 Perlawanan PERCUMA Tanpa Had Di RTMKlik
- ‘Bola-bola juga, ibadat dan tanggungjawab jangan diabaikan’ – Dr Zulkifli
- SPR umum tarikh PRN Johor 11 Julai, Negeri Sembilan 1 Ogos
- Kisah lelaki Johor temui makna kehidupan di Terengganu
Namun, tular di media sosial apabila seorang pelajar berkongsi detik cemas yang dialami semasa insiden itu berlaku apabila mereka secara serentak menerima pemberitahuan (notifikasi) daripada aplikasi 360, yang digunakan dalam kalangan rakan sebagai langkah keselamatan.

Menurut pelajar berkenaan, dia dan tujuh lagi rakannya menggunakan aplikasi 360 untuk berkongsi lokasi sesama sendiri, bagi tujuan keselamatan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Salah seorang rakan mereka, yang dikenali sebagai Dina, merupakan antara penumpang dalam bas yang terlibat dalam kemalangan itu.
“Kitorang berlapan ada 360 each other, risau kalau apa-apa jadi. Tiba-tiba semalam pukul 12.44, kitorang serentak dapat notifikasi pelik dari 360.
“Mula-mula ingat tak ada apa. Dia tak balas mesej, ingatkan dia tidur dalam bas. Tapi lepas pukul 1 lebih, tengok lokasi dia tak bergerak langsung. Waktu tu kami dah mula risau,” katanya.
Tambahnya lagi, keadaan menjadi semakin cemas apabila panggilan telefon kepada Dina tidak dijawab. Beberapa ketika kemudian, mereka menerima berita bahawa sebuah bas UPSI telah terlibat dalam kemalangan.
“Call tak angkat. Lepas tu dapat berita bas UPSI accident. Ya Allah, berderau darah waktu tu. Pagi ni baru tahu Dina selamat. Alhamdulillah,” katanya lagi.








