Pelajar 15 tahun dibunuh kekasih gelap selepas meminta dibelikan iPhone | The Reporter

Pelajar 15 tahun dibunuh kekasih gelap selepas meminta dibelikan iPhone

Seorang lelaki berbaju kelabu duduk di sisi dua individu lain, dipercayai anggota polis, di sebuah bilik siasatan hospital.
Suspek kes pembunuhan pelajar 15 tahun di Lampung ketika ditahan pihak berkuasa.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Hubungan terlarang sering kali berakhir dengan kisah duka, apatah lagi apabila melibatkan remaja yang masih di bangku sekolah. Ketika emosi dan nafsu bercampur dengan tuntutan material, ia boleh mencetuskan tragedi yang meragut nyawa.

Hubungan sulit antara seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun dan lelaki beristeri berakhir dengan tragedi berdarah. Remaja berinisial AD ditemui mati terapung di sungai, manakala kekasih gelapnya, Suryadi, 42, kini ditahan pihak berkuasa selepas disyaki membunuh mangsa.

Permintaan iPhone cetus tragedi

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Lampung Tengah, siasatan awal mendapati suspek dan mangsa menjalinkan hubungan sulit. Pertengkaran bermula apabila mangsa meminta wang sebanyak Rp8 juta (lebih RM2,300) untuk membeli sebuah telefon pintar jenama iPhone.

Suspek bagaimanapun hanya mampu memberikan Rp3 juta (RM860). Mangsa dikatakan marah lalu melempar wang tersebut ke arah wajah suspek, sekali gus mencetuskan kemarahan.

Baca juga:

“Suspek yang hilang sabar bertindak memukul mangsa menggunakan tangan, kemudian mengambil sebatang kayu dan menghentam mangsa berkali-kali hingga tidak sedarkan diri,” kata pegawai polis berkenaan kepada Tribune News (Aceh).

Selepas itu, mayat mangsa dibuang ke sungai dalam kawasan ladang tebu. Suspek kemudiannya cuba membunuh diri dengan meminum racun, namun berjaya diselamatkan dan kini dirawat di hospital di bawah kawalan polis.

Mayat ditemui terapung di sungai

Ketua Polis Lampung Tengah mengesahkan mayat mangsa ditemui terapung di aliran sungai Kampung Gunung Batin Udik pada Rabu, 17 September 2025 kira-kira jam 12.22 tengah hari.

Mangsa ditemui dalam keadaan masih berpakaian lengkap dengan kesan kecederaan serius akibat hentaman benda tumpul. Identiti mangsa disahkan oleh pihak keluarga selepas pengecaman dilakukan.

Hasil siasatan lanjut mengesahkan kes ini sebagai kes bunuh dan suspek sudah dikenakan tindakan undang-undang. Polis menegaskan, siasatan mendalam masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Related Posts