Pekerja sektor awam Kuwait bakal nikmati kerja 4 jam sehari di bulan Ramadan - The Reporter

Pekerja sektor awam Kuwait bakal nikmati kerja 4 jam sehari di bulan Ramadan

Gambar hiasan (A.I)

Sepanjang bulan Ramadan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kuwait telah menetapkan waktu bekerja rasmi bagi agensi kerajaan dan kementerian beroperasi dengan sistem waktu kerja fleksibel.

Waktu yang ditetapkan adalah pada empat jam sehari berserta tempoh penangguhan.

Menurut laporan, pekerja wanita diberikan tempoh penangguhan selama 15 minit untuk dua kali sehari, iaitu ketika permulaan dan pengakhiran waktu bekerja.

Pekerja lelaki pula boleh tiba ke pejabat lewat 15 minit,tetapi mereka perlu pulang 15 minit lebih lewat dari tempoh akhir bekerja.

Keputusan ini dibuat mengikut semakan penilaian prestasi pekerja untuk tahun 2023 oleh Sektor Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbiran dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Dalam pada itu, Salah Khaled Al Saqabi, Penolong Setiausaha Bahagian Kewangan dan Pentadbiran, mengesahkan bahawa pekerja yang layak akan menerima bonus prestasi kerja yang cemerlang semasa Ramadan, seperti yang telah dipertimbangkan dalam belanjawan untuk tahun kewangan 2023/2024.

Setiap agensi kerajaan akan mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan waktu kerja dan shif yang sesuai selaras dengan persetujuan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Sumber: Arabtimesonline, Gulf News

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!