Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam satu langkah yang luar biasa dan inovatif, sebuah syarikat runcit di China, Pang Dong Lai, yang diasaskan oleh Yu Donglai, telah memperkenalkan polisi cuti baru yang dipanggil “unhappy leaves” atau cuti tidak gembira.
Polisi baharu ini membolehkan pekerja mengambil cuti tambahan sehingga 10 hari setiap tahun, jika mereka merasa tidak gembira, tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada pengurus mereka.
Work-life balance

Yu Donglai percaya bahawa, pekerja yang gembira dan santai akan membawa kebaikan kepada perniagaannya. Dengan memberi kebebasan kepada pekerja untuk mengambil cuti apabila mereka merasa tidak gembira, Yu berharap langkah itu dapat meningkatkan keseimbangan hidup pekerja, yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja.
Selain itu, Yu juga memperkenalkan beberapa inisiatif lain seperti waktu kerja yang lebih pendek (7 jam sehari), tiada panggilan kerja selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu, serta cuti tambahan semasa Tahun Baru Cina.
Pendekatan ini mendapat pujian dan sokongan di media sosial China dan Yu Donglai dikenali sebagai majikan yang mengutamakan kebajikan pekerja.
Mental & emosi pekerja diutamakan
Polisi “unhappy leaves” ini adalah satu contoh yang baik untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan (work-life balance), yang penting untuk memastikan pekerja tidak mengalami tekanan yang berlebihan dan dapat mengekalkan produktiviti serta kepuasan kerja yang tinggi.
Dengan langkah-langkah ini, Yu menunjukkan bahawa kesejahteraan mental dan emosi pekerja adalah keutamaan, dan beliau percaya pekerja yang gembira akan lebih bermotivasi dan setia kepada syarikat.
Ini adalah satu strategi yang bijak dan inovatif yang patut dicontohi oleh lebih banyak syarikat di seluruh dunia.
Sumber: South China Morning Post








