Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Jabatan Peguam Negara hari ini mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian Zara Qairina selepas meneliti laporan penuh siasatan awal yang telah dikemukakan sebelum ini.
Jabatan itu memaklumkan, pihaknya berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan menyeluruh dilakukan demi memastikan semua aspek kes dapat diteliti sepenuhnya.
“Sehubungan itu, laporan penuh siasatan awal telah dikembalikan semula kepada PDRM bersama beberapa arahan, termasuk keperluan untuk menggali semula (exhume) mayat Zara Qairina bagi membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dijalankan ke atas jenazah.
“Langkah ini bertujuan untuk memastikan PDRM memperoleh maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan berhubung kes kematian Zara Qairina,” jelas kenyataan itu.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Terdahulu, ibu kepada Zara Qairina mahu kubur anaknya digali semula bagi menjalankan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian gadis berusia 13 tahun itu.
Noraidah Lamat juga telah meminta dua peguamnya untuk menguruskan proses bagi membolehkan kubur anak digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazah.








