Peguam ‘Abang Bas’ sudah fail saman terhadap 2 selebriti wanita | The Reporter

Peguam ‘Abang Bas’ sudah fail saman terhadap 2 selebriti wanita

Abang Bas fail saman terhadap 2 selebriti wanita

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Peguam kepada lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Bas’, Datuk Ahmad Zaharil, mengesahkan pihaknya telah memfailkan saman terhadap dua selebriti wanita yang didakwa mencetuskan spekulasi serta menimbulkan kecaman terhadap kliennya.

Menurut Zaharil, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur oleh peguam lain pada minggu lalu.

“Kami sudah failkan saman terhadap dua selebriti tersebut, namun untuk tindakan ke atas netizen, ia masih dalam pertimbangan.

“Bukan saya yang failkan, tetapi anak didik saya yang melakukannya. Saman itu hanya kepada dua selebriti wanita,” jelasnya memetik laporan mStar, Rabu.

Terdahulu, pemandu bas berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar atas dua tuduhan, iaitu amang seksual fizikal dan amang seksual bukan fizikal di bawah Seksyen 14(a) dan Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Namun, lelaki tersebut telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000 sementara menunggu perbicaraan lanjut.

Dalam perkembangan terbaru, ‘Abang Bas’ dilaporkan telah memulakan pekerjaan baharu dan memilih untuk hidup dengan lebih tenang, jauh dari perhatian ramai.

Sebelum ini, Zaharil juga menyarankan agar mereka yang terlibat mempertimbangkan untuk membuat permohonan maaf kepada keluarga ‘Abang Bas’ jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil.

Sumber: mStar

Related Posts