Pegawai penyiasat mengaku padam 2 video perlanggaran insiden mengorbankan Zaharif - The Reporter

Pegawai penyiasat mengaku padam 2 video perlanggaran insiden mengorbankan Zaharif

Sumber Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang pegawai penyiasat trafik, Inspektor Jong Pit Chao, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau telah memadam dua rakaman video dashcam yang memaparkan kejadian perlanggaran motosikal yang mengorbankan Muhammad Zaharif Affendi.

Video tersebut yang diterima melalui WhatsApp daripada seorang saksi, pemilik Mitsubishi Triton, yang merakam insiden (menerusi rakaman papan pemuka) itu berhampiran lokasi kejadian pada 17 Disember 2023.

Jong yang juga saksi pendakwaan ke-29 telah memadam video tersebut selepas kes diserahkan kepada pegawai penyiasat baharu, Asisten Superintendan Chua Sze Chuan. Dalam pemeriksaan balas, Jong mengakui rakaman itu tidak lagi dalam simpanannya.

Jong turut menyifatkan kes ini sebagai luar biasa kerana motosikal mangsa didakwa dikejar dan dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Ativa, tidak seperti kes kemalangan biasa.

“Luar biasa yang saya maksudkan ialah, berdasarkan pengalaman saya sebagai pegawai penyiasat trafik, kenderaan yang terbabit termasuk kereta dan motosikal tidak berada di lokasi kejadian.

“Berdasarkan keterangan saksi awam, motosikal mangsa dikejar oleh sebuah Perodua Ativa dan dilanggar dari belakang. Maksudnya, ini kejadian luar biasa yang mana wujud insiden mengejar antara kereta dan motosikal,” katanya.

Kes melibatkan Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, didakwa membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!