Pegawai kanan dipercayai mabuk, tunjuk ves polis akan dikenakan tindakan tatatertib - The Reporter

Pegawai kanan dipercayai mabuk, tunjuk ves polis akan dikenakan tindakan tatatertib

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


26 Jun lalu, polis mengesan satu video tular memaparkan seorang lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol, menunjukkan ves keselamatan polis kepada pekerja kontraktor jalan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, video tersebut dimuat naik oleh pengguna TikTok menggunakan nama Tommy.Tan2.

Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku di Jalan Air Hitam, George Town. Individu dalam video tersebut juga disahkan pegawai kanan polis.

“…seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol menunjukkan ves polis kepada orang awam.

“…individu terbabit merupakan seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS),” katanya.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!