Pegawai & anggota polis lapangan akan guna kamera badan mulai Oktober 2024 - The Reporter

Pegawai & anggota polis lapangan akan guna kamera badan mulai Oktober 2024

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Bermula September tahun ini sehingga Februari 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat.

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata BWC adalah untuk penugasan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di bawah JPJKK.

Selain itu juga, BWC akan diperluaskan untuk penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Mengulas lanjut, Wan Haassan berkata, BWC akan ditempatkan di 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober 2024.

Susulan itu juga, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025.

“Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas MPV dan URB pada Mac 2025,” katanya.

Penggunaan BWC katanya akan meningkatkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat selaras dengan teknologi terkini dan juga PDRM merupakan agensi tunggal keselamatan awam negara.

“Adalah menjadi harapan kita supaya penggunaan BWC akan dapat meningkatkan tatakelola yang baik dalam penugasan rondaan pencegahan jenayah dalam kalangan petugas MPV dan URB.

“Dengan tersematnya BWC di pakaian seragam polis, ia akan meningkatkan lagi hubungan dan kerjasama orang awam dan polis kerana setiap perbualan mereka dirakam,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!