Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pasukan Khas Operasi Mobile (PASKOM) telah bertindak menyerbu premis telefon bimbit dipercayai kepunyaan warga asing. Serbuan yang dijalankan di Jalan Changkat Tambhi Dollah, Pudu itu adalah melalui aduan orang awam di media sosial.
Difahamkan, pemilik kedai berkenaan secara terbuka menjual telefon bimbit dengan membuat sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi operasi berkenaan juga, seramai empat orang warga asing telah ditahan.
“Operasi penguatkuasaan KL Strike Force JIM, WPKL dan DBKL. OPS kutip di Jalan Changkat Tambhi Dollah, Pudu.
“Seramai empat pati ditahan,” kongsi PASKOM menerusi TikTok.
Ketika serbuan dijalankan, beberapa dokumen dan pelbagai jenis telefon bimbit telah diperiksa. Susulan serbuan itu juga, pihak PASKOM bertindak menutup premis berkenaan dan meletakkan notis tutup premis.

Rata-rata memuji kecekapan pihak PASKOM yang bertindak menerusi aduan yang dikemukakan selain mengharapkan tindakan lebih tegas dikenakan ke atas peniaga-peniaga warga asing.