Sejak semalam, tular di TikTok sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga emas melakukan perbuatan mencurigakan ketika berkunjung ke Bazar Ramadan. Insiden tersebut didakwa berlaku pada Selasa, 11 Mac 2025 di Bazar Ramadan Temerloh, Pahang.
Menurut pemilik akaun TikTok Zackraz Bundle, lelaki berkenaan memakai baju biru dan bertopi, serta dikatakan sengaja mendekati golongan wanita sebelum berpura-pura terlanggar dan dalam masa sama disyaki mengambil kesempatan untuk menyentuh bahagian sulit mereka. Tindakan ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengunjung bazar, terutama wanita yang berisiko menjadi sasaran.
Rakaman kedua yang turut tular menunjukkan keberanian seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa. Dia secara terbuka menegur lelaki itu, menyatakan bahawa insiden perlanggaran yang berlaku bukan sekadar kebetulan.
“Pakcik, lain kali kalau berjalan tu pandang depan ye. Dah dua kali berlaku, pakcik. Tadi berlaga bontot,” katanya, menyebabkan lelaki tersebut kelihatan terkejut dan cuba menafikan dakwaan itu.
- Zahirah MacWilson mohon maaf, akui kesilapan sentuh isu agama
- Caprice diarah bayar ganti rugi RM220,000 kepada Ebit Lew serta-merta
- Usia 81 tahun bukan penghalang, warga emas berjaya genggam PhD
- Tular video kekecohan di Desa Tun Razak, sembilan individu ditahan polis
- ‘Usaha jatuhkan pemerintah yang adil adalah perbuatan Khawarij’ – Syeikh Wazir
Tindakan wanita itu mendapat sokongan netizen yang menggesa agar mangsa membuat laporan polis supaya perkara ini tidak berulang. Ada juga yang menegaskan kepentingan merakam bukti dan menviralkan isu ini bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil terhadap individu yang didakwa melakukan gangguan seksual.
Sehingga kini, belum ada pengesahan rasmi mengenai tindakan yang telah diambil terhadap lelaki berkenaan. Bagaimanapun, kes ini menjadi peringatan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dan berani bersuara jika mengalami situasi yang mencurigakan.








