Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terharu ketika menghadiri Majlis Perasmian Pasar Tani Putrajaya serta Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Pasar Tani ke-40 Peringkat Kebangsaan.
Menurut beliau, Pasar Tani merupakan satu gagasan yang sangat dekat di hati kerana inisiatif itu mula diperkenalkan ketika beliau menjawat jawatan Menteri Pertanian pada tahun 1985.
“Pasar Tani adalah wahana penting bagi petani dan pengeluar kecil untuk menjual hasil mereka secara terus kepada pengguna, sekali gus mengurangkan peranan orang tengah atau kartel yang menekan harga,” katanya.
Ujar beliau, Pasar Tani pertama dibuka di Kompleks Bilik Sejuk FAMA, Tampoi, Johor Bahru dan dirasmikan sendiri oleh beliau pada 31 Januari 1985. Detik tersebut, kata Anwar, menjadi sejarah kerana buat pertama kalinya para pengeluar dapat bersemuka secara langsung dengan pembeli.
“Pada awal penubuhan, pasar tani hanya mempunyai sekitar 12 buah sahaja dengan penyertaan 317 peserta, mencatatkan nilai jualan tahunan sekitar RM1.4 juta. Walaupun kecil, ia dianggap permulaan yang sangat bermakna.
“Selepas berpuluh tahun, saya melihat sendiri bagaimana gagasan ini berkembang luas dan terus memberi manfaat kepada rakyat,” jelasnya.
Baca juga:
- Lagu kumpulan ABBA dipasang ketika alat komunikasi kapal digodam
- ‘Pasar tani, legasi martabatkan petani & pengeluar tempatan’ – Anwar Ibrahim
- Kanak-kanak 7 tahun kritikal, bapa mohon doa ada keajaiban
Tambah Anwar, kesinambungan Pasar Tani sehingga kini membuktikan bahawa inisiatif kecil yang dimulakan 40 tahun lalu telah menjadi satu legasi besar dalam memartabatkan petani, nelayan serta penternak tempatan, selain merapatkan jurang harga dan mengangkat maruah golongan tersebut.