Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna TikTok, Capt Adek Ferri, berkongsi detik lucu apabila dia dan isterinya pertama kali diperiksa pegawai Majlis Agama Islam Johor (MAIJ). Video yang dimuat naik itu menjadi tular kerana interaksi santai dan gurauan antara mereka dengan pegawai berkenaan.
Menurut Capt Adek, kejadian berlaku ketika mereka sedang menunggu pesanan makanan di satu kawasan yang kelihatan agak gelap. Pegawai MAIJ menghampiri pasangan itu dan mula bertanya soalan seperti status hubungan dan tempoh perkahwinan.
“Time ni bini aku dah mula tanya, ‘Tak nak tengok kad nikah?’ Tapi pegawai tu sibuk borak dengan aku. Hahaha!” tulisnya dalam kapsyen video.
Antara dialog yang dalam video:
Pegawai MAIJ: “Assalamualaikum! Suami isteri ke? Dari mana? Dah kahwin berapa lama?”
Capt Adek: “Waalaikumussalam. Ya, suami isteri. Dah dua tahun kahwin.”
Isteri: “Tak nak tengok kad nikah? Kitorang ada kad.”
Walaupun isterinya beberapa kali cuba menunjukkan kad nikah mereka, pegawai itu lebih banyak berbual dengan Capt Adek sehingga tercetus gurauan yang mencuit hati.
“Eh? Ini muka pengantin lelaki lain ni,” seloroh pegawai itu, yang membuat pasangan tersebut tergelak.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai berkongsi pengalaman serupa apabila diperiksa pihak berkuasa agama. Ada juga yang memuji pendekatan santai pegawai MAIJ, sambil mengakui momen itu cukup menceriakan.
“‘Nak tengok kad ke? Kitorang ada kad’ comelnya” – Netizen
