PAS keluarkan 'Tong Drum' untuk gegarkan PRU16 | The Reporter

PAS keluarkan ‘Tong Drum’ untuk gegarkan PRU16

Idris Ahmad berucap di pentas PAS dengan latar hijau bermotif Islamik, berpakaian baju corak hijau putih dan songkok putih.
Idris Ahmad yakin strategi Tong Drum PRU16 akan gegarkan lebih banyak kerusi. | Kredit gambar: FB Idris Ahmad

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Naib Presiden PAS, Idris Ahmad memberi bayangan Perikatan Nasional (PN) sedang memasuki fasa baharu persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Katanya, pada PRU15 hanya dengan kekuatan ibarat Tin Milo, PN berjaya menawan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Namun kali ini, strategi ditingkatkan dengan “Tong Drum” yang diyakini mampu menggegarkan lebih banyak kerusi.

“Jentera sudah digerakkan, bendera lama dibasuh, bilik gerakan dibuka, ceramah rancak bermula. InsyaAllah, tong drum akan menggegarkan lebih banyak kerusi,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Baca juga:

Sindiran UMNO-DAP

Dalam masa sama, Idris menyindir kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, yang menurutnya kini sekadar menumpang kasih kepada DAP.

“Dulu gagah perkasa dengan slogan ‘No DAP, No Anwar’, akhirnya jadi ‘Yes DAP, Yes Anwar’. Janji sumpah keramat itu kini hanya bahan ketawa rakyat,” katanya.

Beliau mendakwa UMNO tidak lagi berupaya menawan gelanggang majoriti Melayu, manakala DAP pula kekal dominan dalam menentukan hala tuju kerajaan. “Yang untung DAP, ruginya UMNO,” tambahnya.

PN tetap yakin melawan

Idris menegaskan PN tidak gentar sama ada PRU diadakan serentak atau berasingan kerana bagi mereka, “lawan tetap lawan”. Beliau turut menegaskan sokongan media sosial lebih memihak kepada PN secara organik, sekali gus menolak dakwaan bahawa gerakan maya mereka bergantung kepada strategi upahan.

Related Posts