Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Parlimen Iran telah meluluskan usul penutupan Selat Hormuz, laluan perkapalan penting yang mengalirkan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia setiap hari, dalam langkah drastik susulan serangan udara Amerika Syarikat ke atas kemudahan nuklearnya.
Langkah yang mampu menyekat eksport minyak bernilai hampir AS$1 bilion sehari itu dijangka melonjakkan harga minyak global secara mendadak. Usul tersebut bagaimanapun hanya akan berkuat kuasa selepas keputusan muktamad oleh Majlis Tertinggi Iran.
Menurut Suruhanjaya Keselamatan Negara Parlimen, Mejar Jeneral Esmaeil Kowsari tindakan tegas Iran sebagai respons terhadap AS akan “dilaksanakan bila-bila masa diperlukan”.
“Keputusan muktamad mengenai perkara ini terletak pada Majlis Keselamatan Tertinggi Negara,” katanya.
Terdahulu, Donald Trump mengesahkan tenteranya telah melancarkan serangan ke atas tiga fasiliti nuklear Iran di Fordow, Natanz dan Isfahan.
Serangan itu merupakan peningkatan dalam konflik ketenteraan antara Israel, yang disokong AS, dengan Iran sejak 13 Jun lalu.
Sumber: nypost, Berita Harian








