Panjat mercu tanda 'IPOH', tak sayang nyawa ke dik? | The Reporter

Panjat mercu tanda ‘IPOH’, tak sayang nyawa ke dik?

IPOH – Majlis Bandaraya IPOH (MBI) dilaporkan akan membuat laporan polis berhubung tindakan sekumpulan remaja yang memanjat mercun tanda ‘IPOH’ baru-baru ini, lapor Harian Metro
Gambar dan video aktiviti berbahaya sekumpulan remaja berkenaan yang memanjat mercu tanda itu dan memasang buaian ‘hammock’ itu viral di media sosial. Salah seorang ahli kumpulan itu turut mendakwa mereka mendapat kebenaran dari MBI untuk melakukan aktiviti itu. 
Bagaimanapun, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menafikan dakwaan itu dan menegaskan MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk memanjat binaan tersebut kerana ia boleh mengancam nyawa. 
“Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu yang memanjat. 

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Jika berlaku sebarang insiden yang membabitkan perkataan ‘IPOH’ berkenaan tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan sekumpulan remaja berkenaan,” katanya. 


Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016



Posted by Dieyo Adie IV on Friday, 30 December 2016

Susulan kejadian itu, MBI akan mengambil tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. – The Reporter
Leave a Reply
Related Posts