'Pakcik ni yang serang budak kurier tu dulu' - Saksi tampil dedah punca kejadian | The Reporter

‘Pakcik ni yang serang budak kurier tu dulu’ – Saksi tampil dedah punca kejadian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki dikenali sebagai “Abang Stopa” telah ditahan oleh pihak polis di Kajang pada Khamis lalu.

Suspek berusia 54 tahun didakwa memaki hamun, mengugut dan memecahkan cermin kenderaan seorang penghantar barang. Polis turut merampas topi keledar yang digunakan sebagai senjata semasa kejadian.

Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau dan kini direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Sementara itu saksi kejadian, Fazwati Semail berkata, “Abang Stopa” yang memulakan serangan terhadap penghantar barang tersebut.

“Pakcik ini yang serang budak kurier itu dulu. Dia buka pintu van, rentap baju budak kurier ni.”

“Saya saksi kejadian sebab budak kurier ni minta tolong dekat saya masa tu. Budak DHL tu nak hantar parcel. Puncanya budak tu tak tulis nama dekat buku log je.

“Pakcik tu maki-maki cakap perkataan kasar. Benda boleh cakap elok-elok tapi pakcik ni pun memang problem,” katanya.

Beliau mendakwa sebelum ini, “Abang Stopa” pernah terlibat dalam kes menunjukkan video tidak senonoh kepada kanak-kanak semasa bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan tersebut.

Related Posts