Lelaki warga emas, Basri, 70, yang tular di media sosial tahun lalu selepas video pengorbanannya menghantar anak perempuannya ke sekolah dengan basikal yang dimodifikasi, dilaporkan telah meninggal dunia.
Pemergian beliau mengejutkan ramai pihak, terutama netizen yang mengikuti kisah hidupnya yang penuh dengan pengorbanan.
Basri menjadi tumpuan media sosial selepas video yang menunjukkan beliau menghantar anaknya, Putri Sarah, dengan menaiki basikal yang telah diubah suai, dilengkapi dengan bumbung dan tempat duduk untuk memastikan anaknya selesa dan selamat semasa perjalanan ke sekolah.
Sebelum tular, Basri bekerja sebagai penjual aiskrim keliling kampung sejak hampir 11 tahun. Namun, disebabkan masalah kesihatan, beliau terpaksa berhenti. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Basri tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya, termasuk menghantar mereka ke sekolah dengan basikal setiap hari.
Kisah Basri mendapat perhatian pelakon dan aktivis kebajikan, Adrian Edy, memberi hadiah motosikal untuk meringankan beban dan memudahkan urusan Basri dalam kehidupan seharian, termasuk menghantar anaknya ke sekolah dan membeli barangan keperluan.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen mengucapkan takziah dan mendoakan agar segala amal kebaikan beliau diterima dan beliau ditempatkan di kalangan orang yang soleh.
Sumber: Lahad Datu








