Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Rekabentuk pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris yang diumumkan baru-baru ini mendapat pelbagai kritikan di media sosial.
Difahamkan, rekaan tersebut merupakan konsep rekaan terkini dan pemilihan pakaian rasmi itu telah diputuskan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan pihak penaja.
Menurut Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, pihaknya tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dan juga bergantung kepada bajet.

“Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja.
Untuk sementara, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza. Pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan,” katanya.
‘Baju hujan motor aku lagi smart’ – Netizen
Malangnya, ramai yang mengkritik dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap rekaan itu yang didakwa tidak mengikut trend terkini.
“Serious talk, rubbish. Dengan Malaysia flag gold colour, gila terkeluar identiti. Baju hujan motosikal aku lagi smart,” kata Azad Faris Adam.
“Tak menarik langsung. Baju sukan sekolah pun lagi lawa. Ini, kosong je. Tolonglah buat dressing yang baru. tak ada aura Harimau Malaya,” kata Aszrul Azma.
Tidak kurang juga, ada ahli Prompters Malaya yang mengambil inisiatif merekabentuk semula pakaian rasmi Kontinjen Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang kelihatan lebih menarik dan ‘mengancam’.




Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan, pemilihan rekabentuk pakaian rasmi tersebut bukan dibawah keputusan pihaknya. Sebaliknya ia di bawah bidang kuasa MOM.
Tambahnya, pakaian rasmi tersebut disediakan oleh syarikat Yonex, selaku penaja rasmi MOM dan rekabentukny diluluskan oleh Lembaga MOM.








