'Pakai gigi palsu oi, hilang selera' - Individu body shaming penjual durian | The Reporter

‘Pakai gigi palsu oi, hilang selera’ – Individu body shaming penjual durian

Penjual durian, Dakkman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengguna media sosial semakin meluas di Malaysia dengan lebih 28 juta pengguna. Namun, ada sesetengahnya suka memuat naik komen yang berbaur penghinaan dan menyakiti hati orang lain. Ironinya, orang yang menjadi sasaran ini tidak pernah melakukan kesalahan terhadap mereka.

Baru-baru ini, satu video tular menunjukkan seorang individu menghina penjual buah durian hanya kerana giginya rongak.

“Pakai la gigi palsu oi. Hilang selera,” kata Norita.

Terkilan dengan komen tersebut, penjual durian, Dakkman76, dengan berani membalas, “Apa salah saya ea kak? Saya buka buah durian bukan pakai gigi.”

Tindakan Norita ini mengundang kemarahan ramai dan mereka menyifatkan dia sebagai manusia terpaling sempurna sehingga sanggup menghina fizikal orang lain.

“Norita ini memang terpaling sempurna ke sampai nak kena komen orang lain macam tu?” kata netizen.

“Takkan lepas ni nak beli durian kena check gigi seller dulu? Kau makan durian sambil tengok gigi orang ke kak?” tambah netizen lain.

Body shaming adalah perbuatan termasuk dalam kategori kesalahan jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di Malaysia, undang-undang yang terpakai untuk menangani body shaming adalah di bawah:

  1. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233): Pelaku dapat dikenakan denda hingga RM50,000 dan/atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.
  2. Kanun Keseksaan (Seksyen 509): Kesalahan di bawah seksyen ini dapat mengakibatkan penjara hingga lima tahun.
  3. Akta Kesalahan Kecil 1955 (Seksyen 14): Kesalahan di bawah seksyen ini dapat mengakibatkan denda hingga RM100.
Related Posts