Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular satu video baru-baru ini menunjukkan seorang wanita bertindak merampas telefon bimbit suaminya lalu dibuang keluar dari tingkap kereta.
Insiden ini berlaku hanya kerana wanita terbabit berang segala percakapan tidak dilayan oleh suami.
Terkejut dengan apa yang berlaku, lelaki berkenaan mempersoalkan mengapa isterinya berbuat demikian sedangkan telefon itu dibeli dengan harga ratusan ringgit.
Kena kecam
Di ruang komen, netizen mengecam pasangan itu. Ramai yang berpendapat tindakan merampas dan membuang telefon itu adalah tidak wajar. Malah perbuatannya memandu sambil menggunakan telefon bimbit juga jelas melanggar peraturan jalan raya.
“Harap Polis Diraja Malaysia (PDRM) ambil tindakan. Nak sangat konten-konten ye sampai melakukan kesalahan memandu tanpa memakai tali pinggang keledar dan menggunakan telefon bimbit,” kata netizen.
Tidak kurang yang menganggap perbuatan wanita itu telah menjatuhkan maruah golongan wanita bergelar isteri.
“Tak pasti sama ada video ini sekadar konten atau benar. Tapi agak-agaklah nak campak telefon orang sebab tak dilayan. Maaf dik, kamu telah menjatuhkan maruah kami semua sebagai wanita dan isteri. Saya tengok, rasa malu dik. Sudahlah menggunakan bahasa yang kasar untuk suami,” tambah netizen lain.








