Susulan viral video kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dirempuh dengan laju oleh Ford Ranger, polis telah bertindak memburu pemandu kenderaan itu.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 11.41 pagi 19 Januari 2020. Mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan ke Bandar Kinrara dari Bangi.
Tiba di lokasi kejadian, datang kereta Ford Ranger dari lorong kanan yang mengubah haluan secara berbahaya masuk ke laluan lorong kecemasan dan melanggar tepi bahagian kanan motosikal sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
“Team Skuad 42 JSPT IPK Selangor bersama BSPTD Kajang telah berjaya membuat tangkapan terhadap seorang lelaki India di Shah Alam, Selangor yang dikesan terlibat dalam satu kemalangan di KM 298.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban yang viral dalam satu rakaman video di laman sesawang Facebook.
“Di mana tindakan (suspek) di dalam rakaman video tersebut jelas membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
“Kejadian menyebabkan kecederaan kepada penunggang motosikal. Mangsa telah membuat laporan kemalangan pada 19 Januari 2020 selepas kejadian.
“Pemandu kereta tersebut telah ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata kenyataan itu.
LAPORAN BERKAITAN