'Orang nak pergi bercuti, dia curi-curi ambil gambar perempuan' | The Reporter

‘Orang nak pergi bercuti, dia curi-curi ambil gambar perempuan’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Mengambil gambar orang lain tanpa keizinan adalah perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Walaupun tiada undang-undang khusus di Malaysia yang melarang perbuatan ini, kita perlu memahami bahawa hak privasi individu terlibat dalam situasi ini.

Tiga hari lalu, tular video di TikTok menunjukkan sekumpulan lelaki warga asing disyaki merakam gambar pelancong wanita secara senyap-senyap menggunakan telefon bimbit.

https://www.tiktok.com/@_mizanhashim/video/7386316961250168072

TikToker Mizan Hashim, menyedari perbuatan mereka ketika berkunjung ke Bukit Bendera, Pulau Pinang dan sempat merakam video sebagai bukti.

“Aje gemo bangla bangla ni. Orang nak pergi cuti, ko duk curi-curi ambil gambar orang. Siap rekod lagi tu,” katanya.

Dalam video tular, warga asing terbabit melepak di sekitar kawasan tersebut sambil mencari wanita yang cantik dan kemudian mengambil gambarnya.

https://www.tiktok.com/@_mizanhashim/video/7386920971720019218

Setelah melakukan perbuatan yang tidak bermoral itu, mereka kemudian menonton atau melihat hasil rakaman lensa telefon bimbit mereka secara bersama-sama.

Perbuatan kumpulan itu menimbulkan rasa kurang senang netizen. Mereka menggesa pihak berkuasa tampil menyiasat dan meningkatkan tahap keselamatan pengunjung khusus golongan kaum wanita mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Selain itu, netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama pernah berlaku pada diri mereka, di beberapa lokasi tumpuan pelancong.

‘Pernah kena, sumpah takut!’

‘Budak-budak pun diorang rakam’

Related Posts