'Orang Jepun cuci tandas sendiri, tak pernah hire cleaner' - The Reporter

‘Orang Jepun cuci tandas sendiri, tak pernah hire cleaner’

Syarikat tidak mengupah pekerja kebersihan. Malah pegawai-pegawai berpangkat tinggi turut bersama-sama membersihkan tandas.

Beberapa hari lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu ucapan meminta murid-murid sekolah dilatih untuk membersihkan tandas. Teguran itu dibuat setelah mendapati kebanyakan tandas sekolah di negara ini tidak dijaga dengan baik.

Beliau berkata, semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan, beliau telah mengarahkan semua sekolah membuat giliran membersihkan tandas bagi tujuan untuk mendidik murid-murid tentang kebersihan serta menghormati orang lain, termasuk pencuci tandas.

Teguran itu disambut baik oleh netizen yang mengatakan pernah melihat situasi pelajar Sekolah Pelajar-Pelajar Jepun (SPPJ) Kuala Lumpur melakukan kerja-kerja pembersihan sendiri. Walaupun bukan berada di negara mereka, namun mereka dipuji kerana masih mampu mengekalkan budaya bersih dan persekitaran yang baik.

Bukan hanya di sekolah, netizen turut berkongsi bahawa budaya ini turut dibawa ke alam pekerjaan di mana syarikat tersebut tidak mengupah pekerja kebersihan. Malah pegawai-pegawai berpangkat tinggi turut bersama-sama membersihkan bilik air.

“Japanese dari elementary diorang ada sesi bersih sekolah. Mop lantai, bersihkan tandas. Sebab diorang cakap kalau diorang tak bersihkan sendiri, diorang tak akan tunjukkan hormat pada sekolah,” tulis Addie Cat.

“Saya bekerja di sebuah company Jepun di Glenmarie. Dan betul, kami pun buat kerja-kerja membersih ini sendiri. Bos turut membersih, never hired any cleaner,” tulis Syuhadamar Zuki.

Ada yang mencadangkan agar perkara ini turut dilaksanakan di sektor awam.

“Bangunan kerajaan lain pun patut buat jugak, tinggalkan lobi dan tandas kegunaan orang awam sahaja kepada kontraktor,” kata Dedwire.

Sumber: Astro Awani, Adib Hazlami

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!