Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR | The Reporter

Nurul Izzah nafi letak jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah Anwar tampil menafikan dakwaan letak jawatan Timbalan Presiden PKR
Gambar: Ekonomi Rakyat MY.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Nurul Izzah Anwar menafikan dakwaan kononnya beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sambil menegaskan khabar angin yang tular itu adalah tidak benar.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau masih menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti seperti biasa tanpa sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan.

“Saya kekal menjalankan amanah ini selaras dengan tanggungjawab dan proses parti serta tiada sebarang perubahan dalam struktur kepimpinan,” katanya.

Baca juga:

Dalam pada itu, beliau turut menghargai keprihatinan semua pihak namun mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak disahkan. Beliau menegaskan kepentingan merujuk kepada kenyataan rasmi parti bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

Terdahulu, spekulasi mengenai Nurul Izzah Anwar mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR tular di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli dan penyokong parti.

Untuk rekod, Nurul Izzah dipilih sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2025-2028 selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Rafizi Ramli dalam pertandingan satu lawan satu pada pemilihan parti tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts