Nooryana Najib dilantik Ahli Lembaga Pengarah baharu Matrade | The Reporter

Nooryana Najib dilantik Ahli Lembaga Pengarah baharu Matrade

Sumber Gambar: FB Reezal Merican

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Anak kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Nooryana Najwa Najib telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Pelantikan itu telah diumumkan oleh pengerusi Matrade Reezal Merican Naina Merican dalam satu hantaran di Facebook.

“Saya menyerahkan surat pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) baharu MATRADE, Datin Nooryana Najwa Dato Seri Mohd Najib.

“Saya menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh beliau bersama-sama dua lagi ALP iaitu Dato’ Hairil Yahri Yaacob dan Dr. Mastura Abdul Karim.

“Tahniah diucapkan kepada Datin Nooryana Najwa atas lantikan sebagai ALP MATRADE,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan mesyuarat yang diadakan itu bertujuan untuk melihat hala tuju dan perancangan semasa yang akan dilaksanakan oleh MATRADE bagi tahun ini.

Pelantikan Nooryana juga turut dikongsikan menerusi portal UMNO Now di jaringan X.

Related Posts