Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta sebuah kereta yang menghalang laluan keluar kenderaannya dengan menggunakan batu.
Kenderaan jenis Perodua itu dilihat menghalang laluan dan tidak melepaskan brek tangan menyebabkan sukar untuk menolak keretanya.
Menerusi video yang dikongsikan, dia berasa puas hati dengan ‘pengajaran’ yang disampaikan kepada pemilik kenderaan berkenaan.
“Kereta siapa ni, orang nak keluar, dia block.
“Ni makan dia,” katanya sambil mengetuk cermin kereta dengan batu.
Ramai yang turut menyokong tindakan lelaki berkenaan, namun dalam masa sama ada yang mempertikaikannya.
Kata mereka, sepatutnya lelaki itu meminta pengawal keselamatan terlebih dahulu untuk membuat tindakan seterusnya samada mengunci tayar atau lain-lain tindakan.








