RON95 turun RM1.99: Nga Kor Ming puji PMX, janji akhirnya ditepati | The Reporter

RON95 turun RM1.99: Nga Kor Ming puji PMX, janji akhirnya ditepati

Nga Kor Ming dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Nga Kor Ming bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Harga ketiga termurah di dunia, bukti keprihatinan PM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, satu langkah yang menurut Menteri Nga Kor Ming membuktikan janji kerajaan Madani kini ditepati.

“Mewakili warga KPKT, saya ingin mengucap terima kasih kepada PMX atas pengumuman berita baik pagi tadi (semalam). Memang kini terbukti janji ditepati,” kata Kor Ming.

Menurutnya, harga baharu itu meletakkan Malaysia sebagai negara ketiga termurah di dunia dari segi harga petrol, sekali gus memberi kelegaan besar kepada rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup.

Baca juga:

Lebih 18 juta pengguna bakal nikmati penurunan harga

Kor Ming turut menekankan langkah ini akan memberikan manfaat besar kepada lebih 18 juta pemandu dan penunggang motosikal, termasuk golongan muda seawal usia 16 tahun serta para pekerja gig yang amat bergantung kepada pengangkutan.

Pengumuman penurunan harga petrol itu merupakan sebahagian daripada tiga inisiatif khas diumumkan PM Anwar semalam, yang turut merangkumi bantuan tunai one-off RM100 dan cuti umum tambahan pada 15 September sempena sambutan Hari Malaysia. Ketiga-tiga langkah itu disifatkan sebagai penghargaan kepada rakyat yang terus menyokong agenda reformasi kerajaan.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts