Nga Kor Ming minta polis siasat isu kibar bendera China | The Reporter

Nga Kor Ming minta polis siasat isu kibar bendera China

Nga Kor Ming minta polis siasat kes kibar bendera China

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, meminta pihak polis menyiasat insiden penyebaran video perarakan mengibarkan bendera China dalam sambutan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan pada malam Khamis.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan timbulnya salah faham dan spekulasi kurang senang dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, siasatan itu termasuklah ke atas individu dan parti politik lain yang cuba mengambil kesempatan ke atas kes tersebut dengan menghasut kebencian antara kaum.

“Semua pihak perlu menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan menjulang kedaulatan undang-undang negara.

“Dalam hal ini, kita minta polis siasat dan ambil tindakan segera terhadap semua pihak termasuk Pas yang kita lihat cuba menyebar perkara tidak benar,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian, Jumaat.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris memaklumkan sidang media berkaitan insiden itu akan diadakan pada jam 8 malam ini.

Related Posts