Nga Kor Ming kesal 20 tan sampah ditinggal selepas perhimpunan | The Reporter

Nga Kor Ming kesal 20 tan sampah ditinggal selepas perhimpunan

Gambar montaj Nga Kor Ming dengan latar belakang longgokan sampah selepas perhimpunan.
Nga Kor Ming kesal 20 tan sampah ditinggalkan selepas perhimpunan, gesa jaga kebersihan. | Kredit gambar: X Nga Kor Ming

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meluahkan rasa kesal terhadap sikap peserta Himpunan Turun Anwar yang didakwa meninggalkan hampir 20 metrik tan sampah selepas perhimpunan itu berlangsung di ibu negara, semalam.

Dalam beberapa ciapan di platform X, beliau menegaskan kerajaan tidak menghalang sebarang perhimpunan aman, namun mengingatkan kebersihan dan keselamatan awam perlu dipelihara.

“Jangan memalukan negara,” tegasnya, yang memaklumkan petugas kebersihan bekerja sehingga lewat malam.

Baca juga:

SWCorp bertungkus-lumus bersihkan kawasan ibu kota

Nga turut memuji usaha agensi kebersihan awam, SWCorp, yang terpaksa bekerja keras membersihkan semula kawasan sekitar selepas perhimpunan. Beliau turut memuat naik beberapa gambar petugas SWCorp sedang mengangkat beg plastik besar berisi sampah termasuk sisa makanan, botol plastik dan kotak bertaburan di tepi jalan.

Nga menyifatkan sikap segelintir peserta yang tidak menjaga kebersihan sebagai “memalukan” dan menegaskan tiada kompromi dalam soal kebersihan awam.

Dalam satu lagi hantaran, beliau mengingatkan peserta himpunan supaya tidak menjadi pengotor dan menjadikan pengalaman ini sebagai sempadan untuk berubah ke arah budaya bersih.

Sumber: X Nga Kor Ming

Related Posts