‘Netizen suka saluran aduan media sosial, ia akan melambatkan proses ambil tindakan’ - Timb. Menteri KPDN Fuziah Salleh mohon orang ramai guna saluran aduan khas - The Reporter

‘Netizen suka saluran aduan media sosial, ia akan melambatkan proses ambil tindakan’ – Timb. Menteri KPDN Fuziah Salleh mohon orang ramai guna saluran aduan khas

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menasihatkan orang ramai untuk membuat aduan berkaitan bekalan barangan keperluan menggunakan saluran yang disediakan pihaknya, berbanding menularkan perkara itu di media sosial.

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, tindakan membuat dan menularkan aduan di media sosial hanya akan melambatkan proses tindakan pihak KPDN terhadap aduan tersebut.

“Kadang-kadang bila netizen suka menggunakan saluran aduan di media sosial, ia akan melambatkan proses tindakan diambil.

“Sebaik-baiknya guna saluran yang betul di mana kalau saluran disampaikan kepada KPDN, kita boleh mengambil tindakan dengan segera.

“Contohnya, kalau kes yang viral itu kita terpaksa pergi cari pula siapa yang mula viralkan, sumber maklumat, pergi jumpa dan baru hendak mulakan siasatan,” katanya.

Bagi memudahkan orang awam membuat aduan, KPDN telah menyediakan satu saluran khas menggunakan kod QR aduan bekalan. Selepas diimbas, pengguna akan terus dihalakan ke talian hotline WhatsApp khas KPDN. Dan ia juga boleh didapati di laman sesawang rasmi KPDN.

Dengan adanya saluran khas itu, pengguna boleh membuat aduan mengenai kekurangan bekalan dan kenaikan harga barang keperluan asas. Penguat kuasa KPDNakan menjaankan siasatan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.

Justeru, Fuziah memohon orang ramai memanfaatkan saluran aduan khas tersebut dan tidak menggunakan saluran media sosial.

Sumber: Bernama

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!