Netizen mohon tindakan, sekumpulan individu dipercayai warga asing dirakam 'beriadah' di bangunan terbiar | The Reporter

Netizen mohon tindakan, sekumpulan individu dipercayai warga asing dirakam ‘beriadah’ di bangunan terbiar

Sumber Gambar: Tangkap Layar TikTok Herry Mersing

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu video tular merakamkan beberapa individu dipercayai warga asing ‘beriadah’ di sebuah bangunan yang ditinggalkan.

Bangunan lama itu merupakan sebuah pusat peranginan yang terkenal seketika dulu di Johor Bahru.

Difahamkan, operasi hotel ditamatkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh herrymersing78, kelihatan dua lelaki sedang mandi di kolam yang terdapat di hotel tersebut manakala individu yang lain memerhati dari jauh.

https://www.tiktok.com/@herrymersing78/video/7418453352591166727?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7418859157917533704

Menurut perakam, kawasan tersebut sering menjadi kunjungan warga asing dan semakin bertambah bilangan.

Susulan itu, netizen meminta individu berkenaan tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan agar dibangunkan semula operasi hotel berkenaan kerana kata mereka banyak kenangan manis dan juga perkhidmatan terbaik yang disediakan oleh pihak hotel berkenaan.

Related Posts