Nama pelakon Datin Intan Najuwa sekali lagi jadi bualan hangat apabila memuat naik foto dirinya mengenakan pakaian sukan. Apa yang dianggap sekadar perkongsian rutin kecergasan bertukar menjadi perdebatan kerana mengundang pujian dan teguran serentak daripada warganet.
Ramai peminat tidak dapat menyembunyikan rasa kagum melihat penampilannya yang kekal menawan meskipun sudah bergelar ibu. Ada yang menyifatkan Intan masih kelihatan persis anak dara, malah semakin berseri selepas mempunyai cahaya mata.
Baca juga:
- Yasin Sulaiman tarik balik dakwaan salah laku dalam penjara
- Macklemore sumbang AS$1 juta pendapatan jelajah untuk bantu Palestin
- Macklemore digugurkan daripada jelajah Ed Sheeran selepas laung ‘Free Palestine’
Pakaian terlalu seksi
Namun, dalam deretan pujian itu terselit juga teguran. Sebahagian pengikut berpendapat pakaian yang digayakan terlalu ketat untuk tatapan umum. Ada yang mengingatkan bahawa Intan sudah cukup cantik secara semula jadi dan tidak perlu menonjolkan gaya seksi bagi menarik perhatian.
Perkongsian tersebut akhirnya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang mempertahankan hak selebriti bergaya mengikut keselesaan, manakala sebahagian lain berharap Intan lebih berhati-hati dengan imej yang dipaparkan.

Apa pun, jelas sekali setiap gerak-geri selebriti tetap menjadi sorotan ramai.
Sumber: Instagram Intan Najwa








