Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
September lalu, media hiburan melaporkan tudung pelakon Nelydia Senrose ‘terbang’ ketika bercuti di Thailand. Perkara itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Semalam, Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, didapati menukar gambar profil Instagramnya dengan gambar tidak bertudung.
Ramai yang mula mempersoalkan tindakannya itu. Tetapi ada juga yang mendoakan agar Nelydia terus kuat untuk kekalkan imej berhijab.
“Doa yang baik-baik je. Semoga kita semua umat Nabi Muhammad sentiasa diberi hidayah, dikuatkan iman, menjaga perilaku dan bahasa. Janganlah kerana satu hal, kita pun turut menjadi hilang pendoman,” kata Famni.
“Berubah itu mudah. Nak istiqamah itu susah. Sebab itu kena kena sentiasa berdoa agar diberi ketetapan hati dan iman. Semoga Allah selalu membimbing kita ke jalan yang lurus,” kata Paku.
Nelydia mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan pada April 2019. Pasangan berkenaan turut menjadi tetamu Allah SWT bagi menjalani ibadah haji pada Julai 2022.
Sebelum ini, ada beberapa selebriti secara terbuka memaklumkan mereka tidak lagi bertudung. Rata-rata memberikan alasan mahu menjadi diri sendiri dan enggan berterusan menjadi hipokrit.
Sumber: Instagram Nelydia Senrose








