Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Rabu lalu, empat nelayan tempatan mendakwa bot peronda Singapura telah melanggar dan merosakkan jaring mereka yang ketika itu sedang memasang jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau, 7 pagi Isnin, berhampiran jambatan Link Kedua.
Faizan Wahid, 42, berkata, “Tujuh jaring berkenaan sudah siap dipasang sebelum bot peronda Singapura tiba-tiba menghampiri dan melanggarnya.
“Walhal mereka nampak saya dan tiga nelayan sedang sibuk memasang jaring dan ia belum tenggelam lagi. Tetapi bot itu terus melanggar jaring kami tanpa apa-apa amaran,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Mangsa juga mendakwa mereka mempunyai bukti video bot peronda negara jiran itu melakukan provokasi terhadap mereka yang masih berada di kawasan sempadan negara.

Bagaimanapun, Pasukan Polis Singapura (SPF) menafikan dakwaan itu. Malah mereka mendakwa kejadian itu berlaku di perairan wilayah Singapura berdekatan Tuas.
SPF berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.55 pagi ketika bot Polis Pengawal Pantai (PCG) sedang membuat kawalan di perairan negara yang mengesan sebuah bot nelayan Malaysia berada di dalam perairan negaranya.
“Pegawai PCG yang bertugas kemudian menghampiri bot nelayan itu dan menasihati nelayan berkenaa segera meninggalkan perairan Singapura.
“Namun sebaik sahaja bot PCG beredar, pukat nelayan berkenaan telah tersangkut dan terbelit di kipas bot PCG yang ketika itu mahu berundur bagi mengelak memasuki kawasan perairan Malaysia.
“Bagaimanapun, pukat nelayan itu rosak dalam proses pegawai PCG cuba melepaskan pukat itu dari kipas enjin bot. Ingin kami tegaskan, pegawai PCG menguatkuasakan undang-undang di kawasan perairan Singapura, bukan Malaysia,” katanya.
Sumber: Harian Metro