Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penetapan caj RM850 bagi kelas agama anjuran Neelofa dan PU Riz mencetuskan perbincangan di media sosial apabila ada pihak menganggap harga itu terlalu tinggi untuk sebuah majlis ilmu. Namun, bagi pasangan selebriti tersebut, kritikan itu tidak menggambarkan maklum balas sebenar peserta.
Neelofa menegaskan bahawa sejak program berkenaan dianjurkan, tiada seorang pun peserta yang hadir pernah merungut atau menyatakan ia tidak berbaloi. Semua maklum balas yang diterima setakat ini adalah positif.
“Tidak ada seorang pun yang pernah hadir ke kelas tersebut datang merungut kata tak berbaloi dan sebagainya. Kami beri lebih daripada pengalaman kepada mereka yang hadir, beri impak emosi, bukan sekadar datang kemudian balik,” katanya memetik laporan Oh! Bulan pada Rabu, 10 Disember 2025.
Menurutnya, nilai RM850 itu merangkumi lokasi hotel lima bintang, makanan mewah, goodies bag, serta pengisian ilmu dan pengalaman eksklusif, menjadikan harga tersebut selari dengan apa yang peserta dapat.
Baca juga:
- ‘Kami diam bertahun’ – Isu Balqis–Mia Sara meledak di media sosial
- Fazura umum bersara dari drama TV, fokus pada anak
- Pelakon Kung Fu Hustle, Bruce Leung meninggal dunia pada usia 77 tahun
Tiada paksaan, nilai bergantung kepada pengalaman diterima – PU Riz
Sementara itu, PU Riz menjelaskan bahawa kelas agama tersebut dirangka dengan pendekatan yang lebih profesional dan eksklusif termasuk kehadiran rakan-rakan artis untuk berkongsi pengalaman.
“Kelas kami ini tiada paksaan. Kalau orang kata bayaran mahal, boleh nilai dengan apa yang tetamu dapat. Kami cuba angkat industri ceramah ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Beliau turut membuka ruang untuk menganjurkan sesi dengan harga lebih sesuai bagi mencapai lebih ramai lapisan masyarakat pada masa depan.








