Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam perbuatan jenayah seksual terhadap anak perempuannya.
Ketua Polis Daerah Setiu, Supritendan Zahril Asri berkata, pihak polis menerima laporan pada 15 Jun 2026 kira-kira jam 3.54 petang daripada mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 15 tahun.
Menurutnya, mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 29 Mei 2026 ketika berada di rumah bersama adiknya, sebelum dipanggil oleh bapa kandung ke bilik tidur dan berlaku perbuatan yang tidak sepatutnya.
Mangsa turut memaklumkan bahawa suspek mengarahkan beliau supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa.
“Ekoran kejadian, mangsa telah mengalami kemurungan dan trauma,” katanya.
Baca juga:
- Pergaduhan murid tular: JPWPKL tiada kompromi terhadap salah laku keganasan
- Maritim Malaysia nafi dakwaan bot bawa PATI Rohingya masuk melalui pesisir pantai
- Kelantan roboh binaan tanpa kebenaran di tanah kerajaan, dihuni etnik Rohingya
Tambah beliau, mangsa turut memaklumkan perbuatan berkenaan dipercayai telah dilakukan oleh bapa mangsa sejak mangsa berusia enam tahun.
“Suspek direman selama tujuh hari bermula 21 Jun hingga 27 Jun 2026 selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Setiu di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya.








