Personaliti media sosial, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, memaklumkan bahawa dia menghidap kanser.
Sajjad membuat berkata demikian ketika membuat siaran langsung melalui aplikasi TikTok, yang kemudian tular di media sosial.
Dalam video itu, Sajjad dengan wajahnya yang kelihatan serius berkata, “Saya sebenarnya sakit.. kanser. (Sekarang) tunggu mati saja.
“Kalau saya tak sempat nak minta maaf, minta maaflah eh.
“Sakit wak, kita sakit sangat.”
‘Jangan tanya pasal saya sakit apa’
Dalam siaran langsung yang lain, Sajjad berasa rimas dengan netizen yang bertanya mengenai penyakit kansernya.
“Dah lah, boleh tak jangan nak tanya-tanya pasal saya sakit ke, apa ke. Lagi sakit hati saya dengar.
“Awak nak suruh saya cakap (pasal) ni untuk menambahkan simpati ke? Nak minta bantuan sepantas kilat ke? Tak payah. Nak cerita buat apa? Kalau saya sakit, saya tanggung sendiri.”
‘Nanti saya dah tak ada, korang tak boleh mengata Sajjad’
Bagaimanapun, Sajjad yang kini menetap di Australia tiba-tiba menangis di kaunter dapur dan meluahkan rasa sedihnya.
“Bila Sajjad sihat, korang boleh sambung mengata Sajjad. Kalau Sajjad dah tak sihat, dah tak boleh sambung mengata Sajjad.
“Doakanlah Sajjad sihat. Nanti tak sihat, kagn dah tak ada Sajjad nanti kang, korang dah tak boleh mengata Sajjad dah.
Walaupun begitu, di ruangan komen, netizen tetap mendoakan Sajjad cepat sembuh dan meminta dia kembali ke Malaysia untuk bersama dengan keluarganya.
Turut kelihatan, ada beberapa individu yang mengambil peluang untuk memohon maaf kepada Sajjad kerana menghukumnya di masa lalu.
Dalam pada itu, salah seorang individu yang menonton siaran langsung itu mendakwa, Sajjad sebenarnya dijangkiti virus SV40 atau Simian Vacuolating Virus 40 yang boleh menyebabkan tumor dalam badan manusia.