'Nama universiti rosak lagi, aku minta maaf' - Kakak Fasi enggan berdendam | The Reporter

‘Nama universiti rosak lagi, aku minta maaf’ – Kakak Fasi enggan berdendam

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ekoran menerima kecaman hebat di media sosial kerana kelakuannya yang didakwa ‘terpaling fasi’, pelajar di sebuah universiti awam di Segamat, tampil memohon maaf secara terbuka di media sosial.

Pelajar berkenaan yang digelar sebagai ‘Kakak Fasi’ terdahulu menyampuk ucapan permohonan maaf dari rakan setugasnya berhubung perbuatan prank pada minggu sesi orientasi pelajar baharu yang dikecam netizen.

Ketika itu, ‘Kakak Fasi’ tersebut dengan lantang meminta orang ramai di hadapannya merakam video permohonan maaf tersebut. Namun, gaya lagaknya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang kemudian mengecamnya.

Menyedari perbuatannya itu tidak disenangi ramai, ‘Kakak Fasi’ tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Aku nak minta maaf sebab kata-kata aku kelmarin telah menyebabkan nama universiti rosak sekali lagi dan dihina oleh masyarakat netizen. Minta maaf jika ada mana-mana individu yang menyerang media sosial kalian.

“Permintaan aku hanya satu, tolong support dan sentiasa gembirakan aku dan kita gembirakan antara satu sama lain untuk menjalani hari-hari yang ke depan.

“Sejujurnya di sudut hati aku sedih, kecewa, marah dan benci dengan keadaan (yang telah berlaku). Namun, perkara yang berlaku hari ini bukan tanda untuk aku terus lemah dan ini merupakan satu tanda untuk aku terus berdiri gah menjalani hidup yang penuh dengan cabaran.

“Banyak benda aku belajar daripada perkara ini. Jadi jangan stop untuk support each other, doakan aku terus kuat dan tak ada dendam dengan mana-mana pihak. Salam sayang daripada akak baju biru,” katanya dalam hantaran yang tular di TikTok semalam.

Related Posts