'Nama KLIA masih kekal' - Anthony Loke - The Reporter

‘Nama KLIA masih kekal’ – Anthony Loke

Susulan viral surat cadangan penjenamaan semula nama Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kepada Sepang International Airport (SIA) di media sosial yang menimbulkan kekecohan di kalangan netizen, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memaklumkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan mengenai perkara itu dari Kerajaan Selangor. 
Beliau berkata, nama KLIA masih kekal digunakan.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Selangor, Ng Sze Han mengesahkan perkara itu memang pernah dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN). 
“Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor dan kebanyakan lapangan terbang antarabangsa yang terkenal sering menggunakan lokaliti sebagai namanya. 
“Tetapi sehingga setakat ini, tiada apa-apa yang diputuskan mengenai perkara tersebut,” katanya. 
Sumber: Sinar Harian
LAPORAN BERKAITAN:
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!