Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah rumah di Seremban yang pernah menjadi kontroversi disebabkan pembinaannya yang keterlaluan sehingga menimbulkan isu keselamatan, dikatakan masih belum selesai.
Menurut Halim, kes itu mula tular sejak Jun 2022, tetapi binaan rumah tersebut masih dibiarkan dan ini menimbulkan banyak persoalan ramai mengapa tiada tindakan daripada pihak berkuasa.
“Sekarang kena panggil juruukur untuk mengetahui sama ada kedudukan dinding ini masuk ke kawasan saya atau tidak.
“Buat sementara ini, yang bahagian atas rumah dengan bahagian bulat itu perlu dirobohkan. Tingkat atas juga tidak boleh digunakan, kecuali untuk maintenance.
“Rumah perlu dicat dengan warna lain. Dinding perlu direndahkan kepada ketinggian lima kaki berbanding sekarang, enam kaki. Dinding yang bersebelahan dengan rumah saya ini perlu dipecahkan.
“Kita tunggu sajalah dulu. Tunggu punya tunggu punya tunggu, tunggu sampai bila?” katanya.
Ada netizen bertanya, mengapa pengadu tidak menjual rumahnya dan berpindah ke perumahan lain. Halim menjelaskan, dia tidak dapat berbuat demikian kerana tindakan itu hanya membuatkannya mengalami kerugian susulan pembinaan rumah tersebut telah menjatuhkan nilai rumahnya.
“Jual kalau harga naik, untung tak apa. Ini kalau jual, rugi,” katanya.
Pada perkongsian sebelum ini, 8 November 2023, Halim menyuarakan kebimbangan terhadap pembinaan rumah jirannya yang dikhuatiri boleh mendatangkan isu keselamatan terhadap keluarganya.
“Kes ini dah lama sangat. Viral bulan enam tahun 2022, dah masuk mahkamah dan keputusan serta ada arahan daripada pihak majlis.
“Keputusan tahun 2022, masih tiada sebarang tindakan. Takkan sampai orang dah mati atau cedera, baru nak bertindak? Sebab ini isu keselamatan. Kalau binaannya roboh, jatuh dan terkena pada kami sekeluarga macam mana?
“Kalau rasa nak buat rumah macam ni, pergi beli tanah (besar) buatlah banglo. Apa bijak sangat?” katanya.
Sumber: TikTok Halimsan06








