'Nak suci macam mana? Banduan, bekas perasuah, kluster mahkamah pun ada' - Hadi Awang tolak kemungkinan parti PAS sertai kerajaan Perpaduan - The Reporter

‘Nak suci macam mana? Banduan, bekas perasuah, kluster mahkamah pun ada’ – Hadi Awang tolak kemungkinan parti PAS sertai kerajaan Perpaduan

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu kenyataan berkata, dakwaan bahawa Islam dan Melayu terancam tidak lagi boleh digunakan sekiranya PAS menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Asyraf berkata demikian sebagai memberikan salah satu “kebaikan” jika PAS menyertai kerajaan.

Asyraf memetik kenyataan Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang berkata PAS belum terima apa-apa tawaran rasmi menyertai kerajaan dan kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang menggambarkan PAS akan menjadi kerajaan tidak lama lagi.

Susulan kenyataan itu, presiden PAS, Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan parti itu akan menyertai kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, semalam.

“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH), siapa dalam dia… nak suci macam mana?

“Banduan pun ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada… macam mana kami nak ikut?

“Kalau kita nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis,” kata Abdul Hadi.

Sementara itu,Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yakin Perikatan Nasional (PN) boleh mengambil alih kerajaan dalam tempoh terdekat memandangkan kepemimpinan kerajaan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) gagal menangani isu rakyat.

Sumber: MalaysiaKini, Malaysia Gazette

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!