'Nak minta motor baru ke tu?' - Rider Food Panda sepak motosikal sampai rosak undang perhatian netizen - The Reporter

‘Nak minta motor baru ke tu?’ – Rider Food Panda sepak motosikal sampai rosak undang perhatian netizen

Tular di TikTok semalam video menunjukkan seorang penunggang p-hailing menyepak motosikal yang dipercayai miliknya sehingga mengalami kerosakan.

Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli belah, IOI Puchong. Jelas kelihatan bahagian belakang dan depan motosikal itu rosak akibat disepak.

Turut kelihatan, beg Food Panda berwarna merah jambu yang tercampak tidak jauh dari kenderaan itu.

Tidak diketahui punca sebenar kejadian, namun ada yang mengandaikan lelaki terbabit berkemungkinan mengalami tekanan kerja/hidup yang sudah sampai ke tahap kemuncak menyebabkan dia bertindak di luar batasan.

Di ruangan komen, netizen mengkritik tindakan lelaki berkenaan yang dianggap tidak bersyukur dengan harta yang dimilikinya.

“Motosikal itulah yang kau guna untuk sara hidup. Esok try hantar order jalan kaki, tengok tahan ke tak. Tahulah abang marah, tapi motosikal itu idaman saya. Dah tiga tahun cuba untuk beli, tapi tak ada rezeki,” kata netizen.

“Aku walau marah macam mana sekali pun, aku takkan rosakkan harta yang digunakan untuk mencari rezeki. Tapi entahlah bang, semoga urusan kau dipermudahkan,” kata Mok.

Sementara itu ada komen nakal yang mendakwa itu mungkin satu taktik baru untuk mendapatkan motosikal baharu seperti isu yang tular awal minggu ini.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!