Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
YouTuber Ammar Nazhan malam tadi tampil menafikan semua tuduhan ditujukan terhadapnya yang tular di media sosial sejak dua hari lalu.
Anak muda yang mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram itu berkata, dia sebenarnya enggan memanjangkan hal itu. Namun disebabkan tuduhan itu berunsur fitnah dan telah menjejaskan imejnya, dia terpaksa tampil untuk memberi mempertahankan diri.
“Nak kena jaga hati dia (jiran) saja. Yelah, awak seorang saja yang beli rumah ‘cash’. Saya minta maaf, saya hanya penyewa sahaja. Tapi tak perlulah nak sebarkan perkara yang tak betul.
Baca artikel berkaitan:
- ‘Kami jiran-jiran dah tak tahan, diorang duduk rumah sekali ni laki tino’ – YouTuber suap fries didakwa buat onar di perumahan T20, cetus kemarahan penduduk
- ‘Saya tak teragak-agak untuk cari & saman pihak yang tuduh kami tanpa bukti’ – YouTuber Ammar Nazhan nafi dakwaan buat onar, cabar jiran tampil kemukakan bukti
- ‘Nak saman? Bring it on!’ – Jiran tegaskan ada bukti video & audio, tak gentar dengan ugutan saman YouTuber
Nak berbaik, tak sangka layanan sebaliknya pula diterima
“Saya tak ada dalam group (aplikasi WhatsApp) kejiranan. Saya penyewa, tak ada dalam group. Diorang pembeli, ada group masing-masing.
“Kalau saya ada dalam group itu, sekurang-kurangnya tegurlah. ‘Am, please alert ini.. ini..’, okaylah. Tapi saya tak ada dalam group.
“Tak apalah, saya minta maaf. Saya ni baru setahun saja menyewa. Saya ingatkan nak berbaik dengan diorang. Tetapi itulah yang saya dapat,” katanya.
Nak sunyi, duduklah di hutan
Ada netizen yang berpendapat, Ammar dan rakan-rakannya mungkin lebih sesuai tinggal di hutan dan boleh membuat bising sesuka hati tanpa menimbulkan masalah kepada orang lain. Tetapi bagi Ammar, pendapat sedemikian tidak masuk akal.
“Kalau nak bising, pergilah ke hutan? Saya tak bising sekarang ni. Kalau korang nak sunyi, tak puas hati, awak pula pergi ke hutan. Kenapa awak nak hantar saya pergi ke hutan? Awak yang nak sunyi, awak pergi ke hutan.
“Awak beli property yang mahal-mahal, awak kan kaya? Beli rumah besar mahal-mahal, duduk kat hutan. Sunyi! Percayalah, tak ada orang pun yang bising. Aku tak kaya, sebab itu aku tak boleh nak pindah,” katanya.
Isu ekzos kereta bising dah lama selesai, kenapa perlu dibangkitkan semula?
Menggulas mengenai ekzos kenderaannya yang bising, Ammar mengakui perkara itu sudah lama berlaku dan pernah menerima teguran serta amaran daripada pihak pengurusan. Tetapi tindakan jirannya membangkitkan masalah yang telah diselesaikan itu mengundang kehairanannya.
“Kejadian itu dah lama, telah ditegur oleh management. Jadi, jangan diviralkan sebab masalah itu pernah ditegur, diberi amaran dan saya telah mengambil maklum mengenainya.
“Kemudian awak bangkitkan isu itu pada orang luar yang tak tahu. Apa benda tu? Saya dah mengaku salah, apa lagi awak nak? Awak nak saya tukar kereta? Ke tukar kereta dengan awak? Yelah, saya bukan T20 boleh beli kereta secara cash,” ujarnya.
Semua tuduhan yang lain juga adalah tidak benar
Selain itu, Ammar menafikan tuduhan berdua-duaan dalam gelap dan berhutang sampai ada pihak bank datang menagih hutang di rumah adalah tidak benar sama sekali.
“Itu tuduhan yang merepek! Kalau talent berdua-duaan dalam gelap, saya akan tegur mereka sendiri. Tentang berhutang itu pun tak betul. Merepek!” tegas Ammar.
Begitu juga dengan tuduhan yang mengatakan rakan-rakannya bergaduh dengan pengawal keselamatan. Sebaliknya yang berlaku hanyalah perselisihan faham yang tidak melibatkan sentuhan fizikal.
Tuduhan yang mengatakan dia duduk sebumbung dengan teman wanitanya juga tersasar jauh dari kebenaran. Ammar dalam live di aplikasi Bigo mengakui dia tidak mempunyai teman wanita dan hairan bagaimana tuduhan itu boleh timbul.
Terkilan dengan sikap media
Dalam pada itu, Ammar mengakui terkilan dengan tindakan media dan portal hiburan yang menyiarkan berita mengenai dirinya. Apatah lagi, tiada seorang pun yang menghubunginya untuk bertanyakan kesahihan dakwaan itu.
“Diorang (media) tak interview saya pun, terus siarkan, mana-mana media pun tak ada DM saya. Media sebarkan berita yang tak betul.
“Diorang nak buat cerita, bagi orang bergosip. Bila netizen kecam, (engagement) diorang naik. Media, biasalah,” ujarnya.
Ada netizen yang bertanya, apakah dia masih nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap jirannya yang membuat semua tuduhan itu tular di media sosial. Ammar memaklumkan, tunggu langkah seterusnya.