Najib mengaku RM42 juta bukan derma dari Arab Saudi | The Reporter

Najib mengaku RM42 juta bukan derma dari Arab Saudi

Najib mengaku RM42 juta bukan derma Arab Saudi di Mahkamah Tinggi.
Pengakuan di mahkamah mengesahkan RM42 juta tidak berkait dengan derma Arab Saudi. | Gambar: Bernama

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, semalam mengakui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan derma dari Arab Saudi, sekali gus menutup salah satu naratif utama yang sebelum ini dijadikan asas pembelaannya.

Pengakuan itu dibuat ketika Najib disoal balas dalam saman sivil RM42 juta yang difailkan oleh SRC International Sdn Bhd dan anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Dalam prosiding berkenaan, Najib menjelaskan bahawa pada ketika dana tersebut diterima, beliau menyangka ia merupakan derma dari Arab Saudi. Namun, berdasarkan maklumat dan pengetahuan yang diperoleh selepas itu, beliau mengakui wang berkenaan tidak berkaitan dengan sebarang derma asing.

Pengakuan tersebut dibuat sebagai jawapan kepada soalan peguam SRC yang meminta kepastian sama ada RM42 juta berkenaan masih boleh dianggap sebagai derma Arab Saudi, susulan perkembangan dan dapatan mahkamah sebelum ini.

Baca juga:

Pembelaan derma Arab Saudi gugur

Najib turut mengesahkan bahawa pembelaan berhubung “derma Arab Saudi” telah ditolak di semua peringkat mahkamah dalam prosiding jenayah berkaitan SRC International. Walaupun beliau menyatakan tidak berpeluang memberi penjelasan penuh di Mahkamah Persekutuan, Najib mengakui dapatan majoriti mahkamah mengekalkan kesimpulan bahawa dana tersebut bukan derma Arab Saudi.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa dalam keputusan terbaharu perbicaraan melibatkan 1MDB, tiada bukti dokumen dikemukakan bagi menyokong pembelaan Najib berkaitan derma berkenaan.

Saman sivil RM42 juta diteruskan

Saman sivil yang difailkan pada 2021 itu menuntut pengisytiharan bahawa Najib bertanggungjawab ke atas RM42 juta berkenaan, selain tuntutan ganti rugi atas dakwaan penerimaan dengan pengetahuan, bantuan secara tidak jujur, salah laku dalam jawatan awam serta penyalahgunaan kuasa.

Sumber: Bernama

Related Posts