Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Guru memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan pelajar. Mereka tidak hanya mengajar subjek-subjek akademik, tetapi juga membantu membentuk nilai-nilai, etika dan tanggungjawab pelajar.
Namun, adakalanya ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka dan mengharapkan guru untuk menangani semua aspek pendidikan anak-anak.
Guru dipersalahkan atas hal remeh
Dalam satu perkongsian di Facebook Puteri Raihanah Megat Nu’man, ada seorang ibu murid meluahkan rasa kecewa terhadap guru kelas yang tidak memberi peringatan dalam group WhatsApp sekolah tentang hari terakhir persekolahan sebelum bermulanya cuti panjang.
“Semalam ada mak bising kenapa guru kelas tak ingatkan dalam group WhatsApp (Tahun Dua), esok last day sekolah, nak cuti panjang dah. Kemudian ada yang reply, “Maafkan cikgu tu, cikgu baru lagi, tak biasa handle kelas”
“Yang buat hanginnya, dia balas. “Tak kisahlah cikgu lama ke baru, buat YouTube pandai pula. Takkan hal-hal macam ni boleh terlepas pandang?”
“Wah, kau.. menjatuhkan air muka cikgu tu ya dalam group WhatsApp? Semua mak bapa boleh baca,” katanya.
‘Takkan semua cikgu kena suap?’
Tindakan wanita itu menjatuhkan air muka guru kelas dalam group WhatsApp mengundang teguran daripada salah seorang bapa murid.
“Sekali ada seorang bapa murid tegur, “Common sense la, cuti sekolah pun cikgu nak ingatkan ke? Tak ada Google ke? Tak ada kalender? Baru first time ke urus anak sekolah? Kalau ada phone tu, jangan asyik main social media saja. Ambil tahulah (bila anak cuti sekolah) sekali. Naik lemak kalau semua cikgu nak suap (maklumkan)”.
“Bagus encik! Kasihan cikgu, tak cukup kena ajar anak murid, mak bapa anak murid pun kena ajar juga. Bila ibu bapa terlalu jadi problem solver untuk anak anak (macam kes ni), anak-anak menjadi lembik, tak tahu buat kerja, tak ambil tanggungjawab,” katanya.
Didik anak bertanggungjawab
Ibu bapa seharusnya tidak hanya bergantung pada guru untuk memberi maklumat seperti jadual cuti atau keperluan sekolah. Mereka juga perlu mengajar anak-anak tentang tanggungjawab dan menggalakkan mereka untuk mengambil inisiatif sendiri untuk menyelesaikan masalah kecil.
Bukannya terlalu bergantung pada ibu bapa dan guru. Jika tidak dibendung dari awal, mereka mungkin kehilangan kemahiran mengurus diri dan tanggungjawab.
Dengan cara ini, kita dapat membentuk generasi yang lebih bertanggungjawab dan mandiri, serta menghargai peranan guru dalam proses pendidikan.








