Mussala IOI City Mall mula sesi Solat Jumaat 6 September | The Reporter

Mussala IOI City Mall mula sesi Solat Jumaat 6 September

Sumber Gambar: IOI City Mall

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bagi memudahkan kaum lelaki untuk menunaikan solat Jumaat, pusat beli belah IOI City Mall dengan Kerjasama Pejabat Agama Islam Sepang (PAID) akan menyediakan surau di Musalla, East Wing, IOI City Mall.

Kemudahan ini akan mula dibuka untuk jemaah pada 6 September 2024.

Menerusi hantaran di media sosial, pihak pengurusan IOI Mall mengharapkan inisiatif yang disediakan dapat memberikan kemudahan yang lebih baik kepada jemaah lelaki.

“Dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Sepang (PAID), Solat Jumaat akan bermula pada 6 September dari jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang di Musalla, East Wing, IOI City Mall untuk memberikan kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki.

“Lokasi surau berkenaan terletak di Musalla, East Wing – Lower Ground (di belakang Poh Koh),” tulis hantara berkenaan.

Dalam pada itu, bagi jemaah perempuan pula, surau berkenaan terletak di di West Wing, Basement P3 (berhampiran Terminal Bas), Lower Ground (berhampiran Tony Roma’s & Ayu Borneo), dan Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko) semasa solat jumaat berlangsung.

Usaha yang dibuat oleh IOI City Mall dipuji ramai dalam memudahkan urusan jemaah lelaki. Dalam masa sama, mereka turut berterima kasih dengan peranan yang dimainkan oleh pihak pengurusan IOI Mall.

Related Posts