Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Majlis Perbandaran Kangar (MPK) menetapkan semua premis makanan dan minuman di kawasannya dilarang menggunakan penyedut minuman plastic, berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.
Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, langkah itu diambil bagi mengurangkan pencemaran plastik dan memastikan kelestarian alam sekitar.
Peniaga dan pemilik premis disaran menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi sebagai alternatif.
Mana-mana peniaga yang didapati gagal mematuhi arahan tersebut akan dikenakan Tindakan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, kompaun maksimum RM500 atau didenda oleh mahkamah jika kesalahan tersebut disabitkan, dengan jumlah denda tidak melebihi RM2,000.
Langkah ini diharapkan dapat menggalakkan penggunaan penyedut yang lebih mesra alam dan memastikan kebersihan serta kelestarian kawasan MPK Kangar.
Sumber: Bernama via Berita Harian








