Cadangan KWSP dibayar seperti pencen bulanan petanda kerajaan kehabisan dana - Muhyiddin | The Reporter

Cadangan KWSP dibayar seperti pencen bulanan petanda kerajaan kehabisan dana – Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap di podium dengan latar belakang bendera Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan cadangan bayaran bulanan KWSP seperti pencen sebagai petanda kerajaan kehabisan dana.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan cadangan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibayar secara bulanan selepas persaraan sebagai petanda kerajaan sedang kehabisan dana akibat kegagalan mengurus hasil negara.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, kerajaan kini dilihat terlalu bergantung kepada ‘poket rakyat’ bagi menampung perbelanjaan negara.

“Saya dengar ada cadangan untuk menghadkan pengeluaran KWSP kepada bayaran bulanan selepas tempoh persaraan dan ini satu perkara yang amat membimbangkan,” katanya dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

Baca juga:

Hutang negara makin parah, aset mungkin tergadai?

Muhyiddin turut meluahkan kebimbangan terhadap unjuran perbelanjaan RM430 bilion dalam RMK13, yang menurutnya bakal melonjakkan hutang negara sehingga RM2 trilion. Katanya, hasil negara hampir habis untuk perbelanjaan mengurus dan beliau mempersoalkan sama ada kerajaan akan menambah hutang baharu.

“Hari ini hutang negara telah mencecah RM1.5 trilion dengan liabiliti luar jangka melebihi RM384 bilion,” ujarnya lagi.

Beliau juga menimbulkan persoalan sama ada kerajaan akan mencagar atau menjual aset negara serta menggunakan dana strategik sebagai jalan mudah untuk membayar hutang.

“Apakah pelan bayar balik hutang ini? Apakah aset negara akan dicagar atau dijual kepada pihak luar?,” soalnya.

Sumber: Malaysia Gazette

Related Posts